zahidz blog header image

Tips & Trick Registry Windows Vista

Kumpulan Tips & Trick Merubah Registry Edit Pada Windows Vista:

(1).Menyembunyikan My Recent Documents
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionPoliciesExplorer
Klik menu Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoRecentDocsMenu. Kemudian klik ganda pada DWORD Value tersebut, dan berikan angka 1 untuk mengaktifkannya.

(2).Menyembunyikan Menu Find
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionPoliciesExplorer
Klik menu Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoFind. Kemudian klik ganda pada DWORD Value tersebut dan berikan angka 1 untuk mengaktifkannya. Restart komputer.

(3).Cleartype Pada Logon Screen
HKEY_USERS. DEFAULTControl PanelDesktop
Klik ganda FontSmoothingType dan masukkan angka 2 pada Value Data.

(4).Membuat Tampilan Berbeda Pada Jendela Logon
HKEY_USERS. DEFAULTSoftware MicrosoftWindowsCurrentVersionThemeManager
Klik ganda ColorName dan masukkan teks Metallic pada Value Data.

(5).Menyembunyikan Control Panel Dari Start Menu
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionExplorerAdvanced
Cari value bernama Start_ShowControlPa nel dan klik ganda pada bagian tersebut. Masukkan angka 0 pada Value Data.

(6).Menyembunyikan Menu My Pictures Dari Start Menu
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionExplorerAdvanced
Klik ganda pada Start_ShowMyPics dan masukkan angka 0 pada bagian Value Data.

(7).Menghilangkan Username Pada Start Menu
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionPoliciesExplorer
Pilih Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoUserNameInStartMenu. Klik ganda NoUserNameInStartMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

(8).Menyembunyikan My Recent Documents
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionExplorerAdvanced
Klik ganda pada Start_ShowRecentDoc s dan masukkan angka 0 pada Value Data.

(9).Menonaktifkan Klik-kanan Pada Desktop
HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionPoliciesExplorer
Buat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoViewContextMenu. Klik ganda pada NoViewContextMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.

(10).Menyembunyikan System Properties Pada Control Panel
HKEY_CURRENT_USERControl Paneldon’t load
Buatlah sebuah String Value baru dan beri nama sysdm.cpl. Klik ganda sysdm.cpl dan masukkan input Yes pada bagian Value Data.

Continue reading →

Couple.

Salam…

Aku tertarik sekali dengan artikel yang di tulis oleh Ustaz  Zamri (mari mengaji) berkenaan dengan couple. Tulisannya memang mantop. Jika anda teringin nak bercouple atau baru nak bercouple, baca artikel ini dulu. Petikan ini diambil dari blog beliau.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

 Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

 Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

 Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

 Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

 Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

 Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang…aduhai!

Untuk artikel penul sila baca blog  Ustaz  Zamri.

Salam Ramadhan

puasa.jpg

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat islam walau di mana anda berada. Semoga di bulan mulia ini kita semua dirahmati olehNya. Di sini aku sertakan sekali penerangan tentang puasa untuk rujukan kita semua.

PENGERTIAN PUASA

#  Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

KEDAH CIPTA SEJARAH

 gallery_1.JPG

Skuad KEDAH mencipta satu lembaran sejarah dalam arena bolasepak tempatan apabila mencipta “Double Treble”. Ini bermakna Kedah telah berjaya merangkul enam piala dalam masa dua tahun. Kedah melengkapkan misi menyapu bersih kesemua kejohanan utama negara apabila menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi Final Piala Malaysia sebentar tadi.

Biarpun ketinggalan hasil jaringan Frank Seator pada minit 18 namun Kedah bangkit dengan tiga gol menerusi Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Fadly Baharom pada minit ke 31,32 dan 37. Selangor hanya mampu membalas satu gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke-77.

Disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 20 000 orang.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana tengahari hari perlawanan Kedah mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Helmi Eliza Elias.(Kedah)
Pertahanan Terbaik : Victor Andrag.(Kedah)
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Khyril Muhymeen Zambri.(Kedah)
Penyerang Terbaik : Liew Kit Kong.
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James.(Kedah)
Pemain Harapan Terbaik : Mohd Fadly Baharom.(Kedah)
Pemain Paling Bernilai : Helmi Eliza Elias.(Kedah)
Kelab Penyokong Terbaik : Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik : Mohd Azraai Khor Abdullah.(Kedah)

KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak)

Sumber : www.hijaukuning.com

Catatan Minggu Lepas

Dah lama juga tak update blog ini. Minggu ni aku terlalu sibuk dengan kerja diluar ofis. Huhuhu…penat memang penat, tapi best sebab dapat keluar.

Minggu lepas aku balik kampung di Baling, Kedah. Dah hampir 2 bulan rasanya aku tak balik kampung. Aku dapati banyak juga perubahan yang berlaku walaupun 2 bulan tue bukan masa yang lama.

Continue reading →

Play game via webcam?

More Video? Click HERE.

Malang

Malam tadi membe aku ajak keluar lepak.Tapi tak tau lak nak lepak kat mana. Jadi aku memberi cadangan supaya pergi ke PICC Putrajaya kerana malam tue adanya tembakan bunga api sempena Malaysia International Fireworks Competition 2008. Jadi kami pun bertolak dari rumah pukul 10.30 malam. Sampai sana dalam pukul 11.10 malam. Tapi yang peliknya tak ramai orang di sana.

“Ahh lantaklah, mungkin orang lain tak suka tengok bunga api kot ataupun depa dah boring tengok bunga api.” Fikirku begitu.

Aku tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga pukul 12.00 malam. Tembakan bunga api belum kedengaran. 12.15 malam, masih tiada apa-apa. 12.30 malam pun macam tu jugak. Setelah kecewa dan boring menunggu kami mengambil keputusan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik aku terlihat banner mengenai pertandingan tembakan bunga api ni. Aku amati betul-betul benner tu. Dan aku lihat tarikhnya sudah betul, tempatnya pun betul. Tengok jamnya pulak… cehhh start kol 9.30-10.30 malam rupanya. Hampeh tol..

Mobile Tricks - What can you do with your phone?

PEPATAH YANG TELAH DIUBAHSUAIKAN

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4.Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5.Harimau mti meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah…lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6.Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… pulut pun habis.

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi…)

12.Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14.Biar korek hidung jangan korek tabung.

15.Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

16.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

17.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi…..boleh blah….lah….

18.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu…mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.

22.Biar lambat asalkan perlahan.

23.Kalau tiada rotan, pelempang ajelah….

24.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26.Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

27.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah….

28.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

29.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah….

30.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

31.Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32.Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33.Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35.Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

36.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

37.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

38.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari…….(nak tak?)

39.Bunga tahi ayam bukannya sekuntum….

40.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best……

41.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42.Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

43.Pecah kaca pecah gelas,kalau dah pecah tu tak reti-reti nak balas -balaslah e-mail saya ni.

p/s: Sekadar hiburan sahaja. Tidak digalakkan menggunakannya dalam percakapan seharian.

CS Arau D’ Pangkor